Input your search keywords and press Enter.

Tembakan Rambang : Rakyat Malaysia Tidak Terlibat

M Update, 10/2/2020 – Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan 57 lagi di Nakhon Ratchasima (juga dikenali sebagai Korat) di timur laut Thailand.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, setakat ini tiada rakyat Malaysia (yang terlibat). Kedutaan Malaysia di Bangkok turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang begitu mengejutkan itu.

“Kami berhadap mereka yang cedera cepat sembuh,” katanya di halaman rasmi Facebooknya semalam. Pemeriksaan di beberapa hospital di Nakhon Ratchasima menyaksikan bahawa terdapat rakyat asing yang cedera dalam insiden itu.

Sementara itu, kedutaan dan duta yang berada di Thailand turut mengucapkan takziah kepada keluarga serta mangsa insiden tembakan rambang tersebut melalui akaun Twitter masing-masing. Kedutaan Amerika Syarikat menulis, “Kami bersama-sama rakyat Thailand dan sedih dengan tragedi yang berlaku di Nakhon Ratchasima.” Kami mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga serta rakan mereka,” katanya.

Sementara itu, Duta Kesatuan Eropah ke Thailand Pirkka Tapiola menulis, “doa dan ingatan kami bersama-sama rakyat Thailand pada masa yang mencabar ini. Kami berdiri dalam solidari dengan rakan-rakan kami di Thailand.”

Semalam, pasukan keselamatan Thailand telah menembak mati anggota tentera terbabit, Jakrapanth Thomma, 32, di sebuah pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima di mana dia bersembunyi selama kira-kira 17 jam.

Sejumlah 57 orang cedera, 25 daripada mereka telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan manakala 32 lagi masih berada di hospital termasuk 12 yang perlu menjalani pembedahan. -Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *