Input your search keywords and press Enter.

Conteng Mural: 3 Wanita Dibebaskan, Tak Cukup Bukti – Polis

M Update, 3/9/2020 – Polis Kontinjen Selangor mengesahkan tiga wanita warga tempatan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes conteng mural pemimpin negara dengan kata-kata kesat pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin bagaimanapun berkata, ketiga-tiga wanita warga tempatan itu dibebaskan kerana tiada bukti kukuh mereka terbabit dalam kes itu.

“Tiga minggu lalu, tiga wanita yang pada mulanya kita syaki terbabit dalam kes itu, tetapi apabila diambil keterangan, polis dapati mereka mempunyai alibi kukuh bahawa mereka tidak boleh disabitkan dengan jenayah itu,” katanya kepada media, hari ini. – HM Online