Input your search keywords and press Enter.

Remaja 15 Tahun Tikam Anak Baru Lahir Hingga Mati

M Update, 09/02/2022 – Bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia dipercayai ditikam ibunya yang berusia 15 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kemaman, semalam.

Berdasarkan siasatan pihak polis mendapati bayi yang cukup sifat itu cedera di dada kiri akibat tikaman dengan objek tajam. Ketika kejadian tiada ahli keluarga di rumah dan suspek dikatakan meminta bantuan rakannya berhubung kelahiran itu.

Rakannya kemudian menghubungi kakitangan kesihatan untuk memaklumkan kelahiran berkenaan dan kakitangan kesihatan bagaimanapun mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia. Petugas itu juga menemui kesan luka dipercayai tikaman di dada bayi terbabit dan membuat laporan polis pada 10 pagi kelmarin.

Polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian dan menahan ibu bayi malang itu untuk siasatan lanjut. Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, manakala pihak polis sudah mengenal pasti lelaki yang menyebabkan remaja itu mengandung hingga melahirkan anak. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan. Difahamkan remaja itu adalah mangsa rogol. – Hanyan Ramlan, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan

Sumber: Harian Metro Online