Input your search keywords and press Enter.

Man United Menang 2-1 Dengan Menjaringkan 3 Gol

M Update, 21/10/2020 – Manchester United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Paris St Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) perlawanan Kumpulan H awal pagi ini (waktu Malaysia).

Marcus Rashford mengulangi kecemerlangan 18 bulan lalu di Parc Des Princes apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87.

Ini sekali gus menandakan kepulangan United ke kejohanan UCL dengan langkah kanan. Penyerang England itu yang meledak penalti minit terakhir bagi memberikan kemenangan buat United mengatasi PSG di tempat bersama pada kelompok 16 terakhir pada 2019, ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berhak memungut tiga mata dalam Kumpulan H.

Pelawat terdahulu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes. PSG kemudian mencatat penyamaan menerusi jaringan gol sendiri oleh Anthony Martial.