Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Terkesan Banjir Tidak Perlu Pakai Baju Seragam Sekolah

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 14/03/2023 – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa pelajar yang berada di negeri-negeri terlibat banjir, serta yang masih berada di PPS tidak perlu memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir sesi persekolahan baru yang akan bermula minggu depan.

KPM mengambil pendekatan ini bagi mengelakkan keciciran dalam pendidikan berlaku dikalangan pelajar yang terjejas banjir. Ibu bapa juga tidak terbeban untuk membeli pakaian seragam anak kerana mereka pun terkesan dengan bencana itu.

Selain itu, Fadhlina turut memaklumkan tarikh buka sekolah masih dikekalkan termasuk di kawasan yang terjejas akibat banjir. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang persiapan sekolah terutamanya buku teks yang rosak akibat banjir kerana pihak KPM akan sentiasa bantu dari semasa ke semasa mengikut keperluan.