Input your search keywords and press Enter.

Deepavali: Elak Pembelian Panik – Dr Noor Hisham

M Update, 10/11/2020 – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat India yang akan menyambut perayaan Deepavali Sabtu ini supaya tidak melakukan pembelian panik bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

Berlaku kesesakan di beberapa lokasi tumpuan membeli persiapan sambutan Deepavali di Lembah Klang yang menimbulkan kebimbangan muncul kluster Deepavali. Orang ramai diminta supaya membataskan pergerakan dan mengelakkan perhimpunan ramai serta merancang pembelian sepanjang PKPB bagi membantu meratakan lengkung jangkitan COVID-19.

Pembelian panik hanya akan menyebabkan kesesakan di lokasi┬átumpuan membeli-belah, sekali gus memudahkan jangkitan berlaku. Bila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sektor ekonomi masih dibuka, kedai masih dibuka, jadi tidak perlulah melakukan pembelian panik. – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah