Input your search keywords and press Enter.

Salehuddin Hassan Dilantik Pegawai Kewangan Negeri Johor Yang Baharu

M Update, 25/01/2021 – Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Datuk Salehuddin Hassan dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor yang baharu mulai hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Rahim Nin yang bersara selepas lebih tiga tahun berkhidmat.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, majlis angkat sumpah dan pengurniaan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh baginda di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pagi ini.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.

Salehuddin, 57, berkelulusan dalam bidang pengurusan perniagaan serta perbankan, memulakan perkhidmatan sebagai penolong pentadbir tanah di Pejabat Tanah Segamat pada 1992.

Selain menjadi Datuk Bandar MBIP, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) dan Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings.