Input your search keywords and press Enter.

Isreal Sekat Penghantaran Vaksin COVID-19 Ke Gaza

M Update, 17/2/2021 – Palestin menggesa masyarakat antarabangsa segera campur tangan dengan memberi tekanan kepada Israel supaya membenarkan penghantaran vaksin COVID-19 ke Semenanjung Gaza yang dikepung.

Jurucakap kerajaan Palestin, Ibrahim Milhem dalam taklimat media di kota Ramallah di Tebing Barat berkata, tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin COVID-19 ke Gaza melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, lapor Agensi Berita Xinhua semalam.

Beliau turut menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk tindakan Israel dan segera menekan Israel untuk membenarkan penghantaran vaksin ke Semenanjung Gaza.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila menuduh Israel menyekat penghantaran kumpulan pertama sebanyak 2,000 dos vaksin Sputnik Rusia ke Semenanjung Gaza.

“Dos itu akan diberi kepada kakitangan perubatan di unit rawatan intensif pesakit COVID-19 dan petugas di jabatan kesihatan kecemasan,” kata al-Kaila. – AGENSI