Input your search keywords and press Enter.

Suntikan Vaksin Ambil Masa 15 hingga 30 minit – Dr Adham

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

M Update, 23/2/2021 – Individu yang akan disuntik dengan vaksin COVID-19 perlu melalui lima stesen di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan proses suntikan mengambil masa antara 15 dan 30 minit, termasuk proses pemantauan untuk kesan sampingan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata stesen pertama ialah untuk saringan gejala dan suhu; stesen kedua untuk pendaftaran; stesen ketiga bagi konsultasi dan persetujuan imunisasi; stesen keempat untuk suntikan vaksin COVID-19; serta stesen kelima untuk pemerhatian.

“Dari saringan suhu sehingga suntikan akan ambil masa antara 10 hingga 15 minit. Bagi proses pemerhatian pula selama 15 minit (lagi), namun kita perlu beri ruang secukupnya untuk pemantauan dijalankan,” katanya selepas melakukan simulasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini, hari ini. – Bernama