Input your search keywords and press Enter.

Pasangan Warga Emas Maut Bersama

M Update, 30/12/2019 – Pasangan warga emas maut, seorang parah, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 71.1 Jalan Kuala Kangsar – Gerik, di Lawin dekat Gerik, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, Mohamed Rashid Mat Desa, 92, dan isterinya, Fatimah Isa, 83, yang duduk di tempat duduk belakang Perodua Myvi, maut di tempat kejadian akibat parah.

Manakala, pemandu Perodua Myvi yang berusia 22 tahun dari Felda Papulut, Lawin dan bekerja sebagai operator pengeluaran, parah dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. Penumpang depan berusia 22 tahun dari Kampung Tengah Gelok, Lenggong yang bekerja sebagai operator kilang, cedera di bahagian telinga.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, ketika kejadian keempat-empat mangsa dalam perjalanan dari arah Gerik ke Kampung Gelok, Lenggong. Katanya, ketika hampir di tempat kejadian kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke dalam longkang di sebelah jalan menyebabkan keadaan kenderaan remuk teruk.

Akibat kemalangan itu, pasangan warga emas yang menumpang kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian. Kedua-dua suami isteri itu dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang kampung mereka di Kampung Gerik untuk dikebumikan semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Leave a Reply