Input your search keywords and press Enter.

Penurunan Penarafan Malaysia Berpotensi Berlaku Pada 2020.

Menurut OCBC Bank, penurunan penarafan Malaysia mungkin berlaku pada 2020 kerana kerajaan komited untuk melaksanakan pelbagai pembaharuan fiskal dan meningkatkan kecekapan dalam perbelanjaan.

Belanjawan 2019 diperkukuh dengan dividen khas RM30 Bilion daripada PETRONAS, dan selepas menolak dividen khas RM30 Bilion itu, PETRONAS masih mampu membentuk 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 kerana baki wang tunai bagi PETRONAS selepas penolakan dividen ialah sebanyak RM151 Bilion. Perkiraan ini berdasarkan ramalam pertumbuhan kerajaan bagi KDNK sebanyak 4.8% pada 2018 dan 4.9% pada tahun 2019.

Kerajaan melaksanakan pendekatan bajet berasaskan sifar dan khususnya perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan serta subsisi dalam Belanjawan 2019 dan ini akan menyebabkan bantuan sosial dijangka jatuh lebih 20%.

Selain itu, pemantauan akan dilakukan jika konsolidasi fiskal kerajaaan menghasilkan kemajuan yang ketara pada tahun ini.

Leave a Reply