Input your search keywords and press Enter.

LHDN Akan Menggunakan Media Sosial Bagi Memantau Kekayaan Luar Biasa

Gambar dari FB Page Ringgit & Sen

Setakat ini, kira-kira 80,000 pembayar cukai merangkumi individu dan syarikat dikenal pasti gagal membayar cukai pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah menyatakan pasukan khas ditubuhkan pada September 2018 bagi memantau golongan berkenaan dan LHDN akan menggunakan platform media sosial bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang memiliki harta atau kekayaan luar biasa tetapi gagal mengisytiharkan cukai pendapatan.

Selain itu, LHDN mempunyai sistem untuk mengumpul maklumat daripada media sosial terutama membabitkan e-dagang. Oleh itu, pegawai mereka akan pergi kepada medium terutama mereka yang menawarkan perkhidmatan atau menjual produk menerusi media sosial.

Leave a Reply