Input your search keywords and press Enter.

Sultan Abdullah Sultan Kami Daulat Tuanku!!!

M Update, 15/1/2019 – Tanggal 15 Januari 2019 mencatat sejarah istimewa untuk rakyat Pahang apabila istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam dalam era moden, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, pagi ini.

Istiadat pemasyhuran yang akan disaksikan 1,600 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat termasuk ketua kampung di negeri ini dijadual berlangsung pada 11 pagi di Balairung Seri.

Pemasyhuran Sultan Abdullah sebelum ini diputuskan dan dipersetujui sebulat suara oleh kerabat diraja Pahang dan ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri pada mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang di ibu negara, Jumaat lalu.

Keputusan itu diambil berikutan keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply