Input your search keywords and press Enter.

Kerjasama Telah Memperkukuh Kedudukan PROTON.

Pelaburan vendor dari negara China yang berjumlah RM47 Juta ke dalam Malaysia berjaya disaksikan apabila usaha sama antara vendor tersebut dengan vendor tempatan PROTON Holdings Berhad berjaya dilaksanakan.

Selain pelaburan dalam kemudahan dan teknologi, kerjasama ini juga dijangka mewujudkan kira-kira 450 pekerjaan baharu dalam industri automotif, daripada pemasangan hinggalah kejuruteraan reka bentuk yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi.

Vendor terbabit akan membekalkan peralatan ke kemudahan pengeluaran PROTON di Tanjung Malim iaitu kilang versi pemasangan tempatan (CKD) pertama yang dijangka siap pada suku keempat tahun ini, yang ketika ini sedang melalui inisiatif pembesaran dengan kos RM1.2 bilion.

Kerjasama ini mampu membantu vendor tempatan mewujudkan asas pembekal yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti yang diperlukan bagi generasi kereta PROTON yang akan dibangunkan bersama Geely.

Chunrong menyatakan PROTON bercadang untuk memperkenalkan model baharu setiap tahun serta menaik taraf model sedia ada dengan teknologi baru serta mahu berkembang pantas di pasaran antarabangsa khususnya pasaran Asia dan kita harap kerajaan menyokong inisiatif ini.

Leave a Reply