Input your search keywords and press Enter.

PBT Bantu Tangani Rabies

M Update, 16/1/2019 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan yang diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies untuk mengambil langkah dalam menangani wabak berkenaan.

Jawatankuasa bertindak bagi menangani wabak itu adalah di bawah Menteri Besar mana-mana negeri yang terkesan.

Pihak KPKT perlu mengeluarkan arahan agar PBT menggerakkan anggota supaya dalam keadaan teratur dan terancang bagi turut sama membantu menanganinya. Namun PBT tiada kuasa untuk menangkap anjing liar sendiri kerana tiada kepakaran dari segi perubatan .

PBT sering menerima aduan isu mengenai anjing liar namun bagi menangani kes berhubung wabak rabies tindakan adalah di bawah Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) – Zuraida Kamaruddin

JPV dalam satu kenyataan memaklumkan mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Perak diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies atau anjing gila sejak Isnin lalu.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply