Input your search keywords and press Enter.

TH Tumpu Aset Pendapatan Tetap

M Update, 16/1/2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan lebih memberikan tumpuan kepada pelaburannya dalam aset pendapatan tetap, berbanding pelaburan dalam pasaran saham.

Ini disebabkan TH bukan sebuah pengurus dana tetapi sebaliknya adalah pengurus operasi haji.

Tapi ia tidak bermaksud TH tidak mahu melabur di dalam ekuiti, tetapi keseimbangan pelaburan itu akan lebih terarah kepada pendapatan tetap. TH kini merancang untuk melaksanakan penempatan aset baharu.

Pelaburan TH di dalam sekuriti pendapatan tetap termasuk pelaburan di dalam Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), sukuk korporat, kertas komersial, instrumen boleh runding Islamik, instrumen pasaran wang Islamik jangka sederhana dan pendek serta pembiayaan kepada subsidiari.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply