Input your search keywords and press Enter.

Arena Axiata Terbakar?

M Update 17/1/2019 – Gempar seketika apabila semua yang berada di Stadium Arena Axiata, Bukit jalil diarah mengosongkan stadium itu serta-merta setelah pengumuman kecemasan dibuat.

Ini adalah disebabkan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menghisap rokok dalam sebuah bilik di venue pertandingan dan menyebabkan penggera kecemasan berbunyi. Penggera kecemasan itu akan berbunyi secara automatik sekiranya mengesan asap di kawasan itu.

Akibatnya tiga perlawanan kejohanan badminton Masters Malaysia yang sedang berlangsung dihentikan serta-merta dan semua diarahkan keluar ke tempat selamat.

“Ada orang hisap rokok dalam bilik di tingkat satu, jadi penggera kecemasan berbunyi apabila ada asap. Semuanya sudah terkawal dan semua yang terbabit boleh masuk semula,”. – Pegawai Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)


Sumber : Berita Harian

Leave a Reply