Input your search keywords and press Enter.

Derma masjid guna TnG e-dompet

M Update 22/1/2019 – TOUCH and Go (TnG) Digital Sdn Bhd akan menjalin usaha sama dengan Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan serta derma menggunakan TnG e-dompet.

Ketua Pegawai Eksekutif TnG Digital Syahrunizam Samsudin berkata, jemaah masjid kini boleh menghulurkan sumbangan serta derma dengan hanya menekan butang pada telefon pintar mereka menerusi kod Quick Response (QR).

“TnG Digital mahu menjadikan teknologi lebih inklusif dan membantu komuniti di Kampung Kerinchi menerusi platform yang mudah dan selamat,” katanya ketika merasmikan penggunaan e-dompet TnG di Kuala Lumpur, hari ini.

Syahrunizam berkata, Masjid Ar-Rahah ialah masjid pertama di Lembah Pantai yang menggunakan TnG e-dompet dan penggunaan QR di masjid itu akan membuka peluang kepada masjid lain di seluruh negara untuk menggunakan teknologi sama bagi membantu menyelaraskan operasi harian serta kutipan derma.

“Setiap sumbangan sama ada kecil atau besar, adalah sangat bermakna. Kami berharap melalui penggunaan teknologi, kutipan derma kini mudah dan selamat,” katanya

Sumber : Harian Metro Online

Leave a Reply