M Update, 22/1/2019 – Setelah dua hari pencarian SUV berwarna putih yang dikatakan telah terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di KM 4 Jambatan Pertama Pulau Pinang akhirnya SUV tersebut dijumpai pada jam 4 petang semalam. Kereta SUV mangsa berjaya dikesan dengan bantuan alat pengesan sonar awam milik Marine Science Technology (MAST).
Selepas penemuan tersebut sebanyak tiga kali cubaan telah dilakukan untuk membawa naik SUV berkenaan menggunakan kren tetapi gagal kerana arus yang deras, 7 ke 10 knot.
Usaha mengangkat SUV berkenaan akan diteruskan pada jam 2 petang ini. Pasukan penyelam akan ke lokasi dimana SUV itu berada dan dijangka akan membuat selaman pada jam 3 petang kerana mengikut jadual pasang surut air laut menunjukkan pada masa tersebut adalah “slack water” ataupun air tenang.
Penyelam yang terlibat adalah dari agensi Maritim Malaysia, TLDM, Pasukan Polis Marin serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Sumber : Berita Harian