Input your search keywords and press Enter.

Buat Aduan Jika Sangsi Ketulenan Telur Omega

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 16/05/2023 – Pengguna yang merasa sangsi terhadap ketulenan telur omega disaran melaporkan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Laporan ini penting bagi membolehkan siasatan dakwaan pemalsuan telur omega dapat dilaksanakan.

“Jika pengguna yakin, telur yang dibeli itu bukan telur omega, mereka boleh membuat aduan terus kepada KPDN.

“KPDN akan menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan untuk keabsahan standard telur tersebut.

Ini susulan terdapat dakwaan ladang-ladang telur di seluruh negara menggunakan syarikat subsidiari untuk menipu label telur biasa yang ditukar dan diisytihar sebagai telur omega bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.

Situasi itu menyebabkan berlaku lambakan telur omega manakala telur biasa (Gred A, B dan C) berkurangan di pasaran. – Datuk Seri Salahuddin Ayub