Input your search keywords and press Enter.

Tengku Ampuan Pahang – Tunku Azizah Aminah Maimunah

M Update, 22/1/2019 – Pada 29 Januari 2019 ini bakal diadakan istiadat khas pemasyuran Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Tengku Ampuan Pahang, di Istana Abu Bakar selepas mendapat perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan melantik putera sulungnya, Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebagai Tengku Mahkota Pahang.

“Hari ini saya memaklumkan kepada Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang mengenai persetujuan melantik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya juga memaklumkan persetujuan saya melantik putera sulung saya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebagai Tengku Mahkota Pahang –
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply