M Update, 23/1/2019 – Mayat seorang pekerja binaan warga Bangladesh yang terperangkap di bawah timbunan besi perancah dan bancuhan simen dalam insiden lantai bangunan runtuh di Taman Hi-Tech berjaya dikeluarkan malam tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Kassim yang berusia 43 tahun dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira selepas empat jam operasi dijalankan. Mayat mangsa dibawa keluar pada jam 9.40 malam dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Mangsa dikatakan terjatuh pada ketinggian 14 meter, terperangkap di bawah runtuhan lantai bangunan yang sedang dalam proses pembinaan.
Sumber : Berita Harian