Input your search keywords and press Enter.

Banjir – Masjid Disaran Buat Solat Hajat

M Update, 5/12/2019 – Semua masjid di seluruh negara disarankan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi memohon supaya Allah mempermudahkan segala urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri dilanda bencana banjir ketika ini.

Terkini 12,131 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan; 1,106 orang di Terengganu dan 21 orang di Johor, sehingga malam tadi – NADMA

“Sehubungan dengan itu, saya ingin menyarankan masjid-masjid di seluruh negara melakukan solat hajat selepas solat Jumaat (esok) dan berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengelakkan sebarang kesulitan yang dihadapi negeri-negeri yang terbabit dengan bencana” – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof

Leave a Reply