Input your search keywords and press Enter.

Tanya Tak Salah Tapi Jangan Kecam – Plat Z8

M Update, 24/1/2019 – Masihkah kita ingat satu masa dulu ada seorang pengguna Facebook wanita (nama dirahsiakan) telah memuatnaik status “Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” beserta gambar kereta pegawai Angkatan Tentera Malaysia (nombor plat Z8)?

Status yang telah dimuatnaik oleh wanita tersebut yang mempersoalkan mengapa sebuah kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran Z8 dibenarkan melalui plaza tol tanpa perlu membuat sebarang bayaran telah tular suatu masa dahulu akibat kecaman yang diberikan kepada kenderaan berkenaan.

Tujuan admin UP cerita ni adalah sebagai pengajaran kepada netizen lain yang di luar sana jika masih ragu-ragu dan pelik tak salah kalau nak muat naik status tapi biarlah dalam nada yang beradap dan bukannya terus kecam dan buat tanggapan sendiri.

Admin tau masih ramai lagi yang tidak tau akan hal ini tapi mungkin mereka tidak terus buat anggapan secara membuta tuli.

Diharapkan wanita berkenaan sudah ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku dan diharapkan sekarang beliau dah taulah fungsi nombor plat yang terdapat di Malaysia ni.

Ni disertakan sekali Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan (Nota : D hanya diperuntukkan setelah Kelantan dan Terengganu berpisah daripada berkongsi plat T – Timur).
E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
G = Gagasan 1Malaysia
H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
HA : Perak
HB : Selangor
HC : Pahang
HD : Kelantan
HJ : Johor
HK : Kedah
HL : Labuan
HM : Melaka
HN : Negeri Sembilan
HP : Pulau Pinang
HQ : Sarawak
HS : Sabah
HT : Terengganu
HW : Kuala Lumpur
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman dan Betong
QC: Samarahan
QL: Limbang dan Lawas
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu dan Mukah
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah (ditukar daripada E)
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu (Nota: Sebelumnya berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur))
V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1]
W = Kuala Lumpur (siri pertama)
Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

NOMBOT PLAT KHAS

Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9

Sumber : Ohmymedia via Coretan Hati

Leave a Reply