Input your search keywords and press Enter.

Latihan Serentak Tentera Darat Mac 2019

M Update, 25/1/2019 – Sempena sambutan Hari Tentara Darat, TDM akan mengadakan dua latihan secara serentak di Semenanjung, Sarawak dan Sabah pada Mac depan.

Latihan tersebut bertujuan  bagi menguji kesiagaan pasukan dan menilai keupayaan anggota serta aset yang dimiliki TDM pada masa kini selain dapat mengetahui apa kelemahan dan kekurangan yang ada dalam pasukan kita, sebelum memperbaikinya

Dalam proses melaksanakan tanggungjawab, kita memerlukan peralatan dan kelengkapan yang boleh membantu kejayaan perlaksanaan tugasan kita. Aset utama TDM adalah anggotanya oleh itu kita juga perlu mengambil berat aspek kesejahteraan para anggota agar mereka lebih bersemangat dalam menjalankan tugas. Sekiranya kesejahteraan anggota tidak terjaga ia boleh menjejaskan kemantapan sistem pertahanan negara –
Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi 

Sumber : AirTimes

Leave a Reply