Input your search keywords and press Enter.

Daesh Gelak Selepas Hantar Bom

Pandangan di dalam gereja Katolik Roma di Jolo, selepas dua bom meledak pada hari Ahad.

M Update, 28/1/2019 – Militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas pengeboman serentak yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di gereja Katolik Filipina, kata agensi beritanya, Amaq semalam.

Kerajaan Filipina mengatakan akan ‘cari pelaku hingga ke lubang cacing’ di sebalik serangan bom yang menyebabkan lebih daripada 20 orang maut dan ramai yang cederakan.

Serangan berlaku semalam di kepulauan majoriti Islam di selatan Filipina mengorbankan 81 orang dan terburuk sejak beberapa tahun lalu di rantau bergolak sejak sekian lama.

Serangan di pulau Jolo itu dilakukan kurang seminggu selepas pengundi menolak kemasukan militan dalam kawasan autonomi Islam, pungutan suara yang diluluskan majoriti di bahagian lain kumpulan kepulauan Mindanao yang termasuk Jolo.

Tentera Filipina mengumpul bukti-bukti dan sisa mayat mereka yang terkorban

Kerajaan majoriti Kristian itu selama berdekad menentang kumpulan pemisah Islam seperti Abu Sayyaf.

Letupan berlaku awal pagi ketika penganut Kristian berkumpul di Cathedral of Our Lady of Mount Carmel di Jolo, ibu kota kepulauan Sulu, kata jurucakap tentera, Kolonel Gerry Besana. Bom terbabit dipercayai buatan sendiri.

Mengikut laporan, 21 orang maut dan 71 cedera
dalam letupan bom di gereja Katolik di bandar Jolo, Filipina.
Antara mangsa yang maut dalam kejadian letupan

Katanya satu daripada bom terbabit meletup dalam gereja sementara satu lagi meletup berhampiran lot parkir ketika penganut panik dan bergegas keluar.

Komander polis, Ketua Superintendan Graciano Mijares, berkata tengah hari semalam, 20 maut, lima daripadanya tentera yang mengawal gereja itu manakala 81 cedera termasuk 16 pegawai polis dan askar.

Mangsa yang cedera dirawat di hospital berdekatan

Sementara itu, Paus Francis yang bercakap di Panama, melahirkan kecaman paling keras terhadap keganasan itu.

Sumber: Berita Harian, Reuters, AFP

Leave a Reply