Input your search keywords and press Enter.

Galak anak muda, pesara menjadi sukarelawan hospital

M-Update,28/1/2019,KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan menggalakkan golongan anak muda dan pesara menjadi sukarelawan hospital atau mana-mana badan dalam usaha membawa kebahagiaan kepada kumpulan sasar. Beliau turut menggesa pihak berkenaan termasuk hospital memberikan sokongan dalam usaha itu.

“Saya menyeru pengarah-pengarah hospital dan warga kerja supaya memberi kerjasama penuh kepada para sukarelawan ini serta menyokong usaha mereka dalam membantu insan lain,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amal Sukarelawan Hospital Ampang sempena Ulang Tahun ke-10 Persatuan Sukarelawan Hospital Ampang di sini malam ini.

“Kitakan negara majmuk, semua bangsa dalam negara kita perlu bersama dan memikirkan apa-apa polisi untuk memajukan negara,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply