Input your search keywords and press Enter.

Pendidikan Melayu Zaman British

Sebenarnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu, orang Melayu telah pun memiliki sistem pendidikan tersendiri. Sistem pendidikan yang wujud pada masa tersebut adalah bersifat tidak formal dan tidak menitikberatkan perkembangan kognitif atau pemikiran pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran Al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Isi pelajaran yang di ajar termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.

 Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sekolah yang terawal dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh Persatuan Mubaligh Kristian – Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas. 1856 – dua buah sek. Melayu dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu Kampung Gelam. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh, dan Bukit Tambun. Sambutan ibu bapa tidak begitu menggalakkan – menganggap bertentangan dengan agama Islam. Ibu bapa bimbang anak mereka terpengaruh dengan Kristian dan tidak mempunyai nilai ekonomi.

Mereka lebih memerlukan tenaga anak untuk menolong ibu bapa. Peringkat awal – dibuka untuk pelajar lelaki sahaja kerana ibu bapa tidak berminat menghantar anak-anak perempuan ke sekolah. Kemudian sekolah vernakular Melayu berasingan ditubuhkan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sekolah perempuan Melayu pertama dibina di Teluk Belanga, Singapura (1884) dan diikuti dengan sebuah sekolah lagi di Pulau Pinang pada tahun 1889. Menjelang tahun 1900, terdapat 14 buah sekolah perempuan Melayu, iaitu 12 buah di Perak dan dua buah lagi di Selangor. Antara tahun 1900-1923, Enakmen mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu ke sekolah jika tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah. Tempoh belajar hanya untuk selama 4 tahun – diajar menulis, membaca dan mengira serta kraftangan mudah.

 Matlamat pendidikan Melayu hanya untuk memastikan supaya “seorang anak nelayan atau petani menjadi seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapa mereka.” Sek. Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, diajar oleh guru-guru berbangsa Melayu dan tidak mempunyai buku-buku teks wajib. British tidak mempunyai perancangan yang teliti untuk memulakan pendidikan di peringkat menengah dalam bahasa Melayu. Usaha awal memberi latihan perguruan kepada guru sekolah Melayu dibuat pada tahun 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga, Singapura. Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan, Maktab Melayu Matang, Perak (1913), Maktab Melayu Johor dan Maktab Melayu Kota Bahru pada tahun 1919.

Walau bagaimanapun, usaha ini kurang berjaya kerana gaji guru sangat rendah serta tidak diminati oleh orang Melayu. Selepas kajian dibuat – telah membawa kepada penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim (1922), Maktab Latihan Perempuan Melayu ditubuhkan di Melaka (1935) untuk menampung keperluan guru yang semakin bertambah.   1905, Maktab Perubatan King Edward VII ditubuhkan dan dibiayai melalui sumbangan orang perseorangan dan badan-badan kebajikan. 1920, Maktab Perubatan King Edward VII mula mengadakan klinik perubatan, pembedahan, dan perbidanan.

Beberapa bidang pengajian yang lain juga turut ditambah. 1949, Maktab Perubatan King Edward VII digabungkan dengan Raffles College untuk menjadi Universiti Malaya di Singapura – tawar kursus-kursus peringkat ijazah dalam bidang Sastera, Sains, dan Perubatan. Dalam bidang pelajaran teknikal, sebuah Sekolah Teknik dibuka di Kuala Lumpur (1906) – latih pembantu teknik dlm Jab. Ukur, Jab. Kereta Api dan Kerja Raya. 1942 – ditukar kepada Maktab Teknik. 1943 – Maktab Pertanian didirikan di Serdang, Selangor kemudian (1971) taraf maktab ini dinaikkan menjadi Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).


Leave a Reply