Input your search keywords and press Enter.

DOKTRIN AJARAN SESAT

Doktrin bermaksud prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima sebagai kepercayaan seterusnya pengamalan. Doktrin ajaran sesat bermaksud beberapa prinsip atau kepercayaan yang menjadi asas kepercayaan seterusnya pengamalan kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat. Antara doktrin ajaran sesat secara umumnya adalah:

  • Mengingkari Rukun Iman dan Rukun Islam.
  • Meyakini atau mengikuti akidah yang bercanggah dengan syarak.
  • Meyakini turunnya wahyu setelah Al-Qur’an.
  • Mengingkari kandungan atau kebenaran Al-Qur’an.
  • Melakukan pentafsiran Al-Qur’an tanpa kaedah yang betul.
  • Mengingkari kedudukan hadis Nabi SAW sebagai sumber ajaran Islam.
  • Merendahkan para nabi dan rasul.
  • Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir.
  • Mengubah asas-asas ibadah yang telah ditetapkan syarak.
  • Mengkafirkan sesama Muslim tanpa dalil syarii.

Selain itu, antara bentuk-bentuk doktrin umum ajaran sesat adalah seperti dakwaan wujudnya agama atau ajaran baharu, kitab suci baharu selain Al-Qur’an, nabi atau rasul baharu selepas Nabi Muhammad SAW, syariat baharu yang menyalahi syariat yang sedia dimaklumi dan tafsiran-tafsiran agama yang menyeleweng daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kesemua doktrin atau dakwaan ajaran sesat tersebut adalah pencemaran terhadap ajaran Islam yang suci (Abdul Hamid 2006; JAKIM 2010; Mohamad Nidzam 2012).

Sumber – Majlis Agama Islam Selangor

Leave a Reply