M Update, 1/2/2019 – Ahli politik beragama Islam di Belanda, Tunahan Kuzu menggesa masjid dan pusat Islam di negara itu dilindungi daripada kumpulan berhaluan kiri dan penyokong Parti Pekerja Kurdishtan (PKK).
Menurut Kuzu ia sebahagian daripada langkah membendung peningkatan kes Islamofobia.
Katanya lagi, melindungi masjd di Amsterdam adalah sebagai permulaan dan berharap lebih banyak bandar mengambil langkah sama berikutan terdapat kira-kira 300 kes serangan ke atas masjid sejak 10 tahun lalu.
Minggu lalu, Datuk Bandar Amsterdam, Femke Halsema berkata pihaknya akan melindungi masjid dan pusat Islam ekoran peningkatan kes ancaman Islamofobia.
Sumber:Air Times