Input your search keywords and press Enter.

#AJL33: Netizen Menangis Persembahan Sufian Atas Pelamin

M Update, 3/2/2019 – Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan sebuah rancangan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat seni hiburan tanah air. Ianya adalah sebuah pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan bagi dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik.

AJL ke-33 pada 2019 membariskan ramai penyanyi yang hebat-hebat dari generasi lama dan baharu. Apa yang menarik dalam AJL33 pada malam ini ialah persembahan nyanyian oleh Sufian Suhaimi yang menyanyikan lagu Di Mataku.

Nampaknya persembahan Sufian Suhaimi telah menarik netizen menggunakan tanda pagar yang banyak dalam masa sekejap sahaja. Sedih sangat persembahan Sufian Suhaimi malam ni dengan pelamin tu.

Rata-rata netizen memberi komen yang sedih dan terasa dijiwa. Apakah Sufian akan memegang trofi AJL33 malam ini? Kita nantikan sebentar lagi.

Lihat video Sufian Suhaimi nyanyi tadi klik link ini: https://www.facebook.com/aiskepalnetwork/videos/402368810570345/

Sumber: Admin

Leave a Reply