Input your search keywords and press Enter.

Berapa Dividen KWSP untuk 2018 ?

Bagi kebanyakan pencarum, KWSP adalah satu-satunya sumber pendapatan mereka selepas bersara. Jadi, pertengahan Februari adalah masa untuk perhitungan buat 14 juta pencarum KWSP dan ia memberi debaran kepada para pencarum.

Menurut Profesor Yeah Kim Leng, dari university Sunway meramal KWSP membayar dividen lebih rendah tahun ini ekoran situasi ekonomi dunia dan tempatan tidak begitu baik pada tahun lalu. Selain itu, bayaran dividen dijangka rendah disebabkan prestasi pasaran ekuiti tahun lalu yang agak melah dan KWSP tidak akan mempunyai keuntungan luar biasa daripada pelaburan pound sterling.

Tabung simpanan RM800 bilion itu bergantung kepada pasaran saham tempatan untuk 60% pendapatan kasarnya. Lain-lain penyumbang adalah pelaburan dalam bon kerajaan dan sekuriti dimana risikon dan pulangan adalah rendah.  Ia disebabkan pasaran saham Malaysia lemah pada 2018 akan tetapi pasaran lain jauh lebih teruk.

Leave a Reply