Input your search keywords and press Enter.

Perluas Bantuan Untuk M40

M Update, 8/2/2019 – Semua pun tahu kerajaan banyak melaksanakan program-program dan inisiatif untuk golongan B40 bagi meringankan beban mereka dengan keadaan ekonomi dan taraf hidup sekarang.

Namun, bagi melindungi lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang baharu perlu memperluaskan program jaringan sosial kepada golongan M40 yang turut terbeban dengan kos sara hidup semakin tinggi.

Kerajaan harus memastikan semua bentuk bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasar secara adil termasuk kumpulan M40 yang mempunyai bilangan anak lebih ramai berbanding golongan B40 dengan jumlah isi rumah sedikit.

Untuk membantu kumpulan M40 dan B40, kerajaan perlu menangani isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat, terutamanya kenaikan kos sara hidup termasuk harga makanan. 

“Usaha untuk menangani kenaikan harga mesti melibatkan semua pihak dalam rantaian bekalan- dari pengeluar dan pembekal kepada pemborong dan peruncit,” – Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply