Input your search keywords and press Enter.

19 rakyat Palestin cedera ditembak tentera Israel


Seorang penduduk Palestin melontar semula gas pemedih mata ke arah pasukan keselamatan Israel dalam tunjuk perasaan di Gaza City. Foto AFP

M-Update,18/2/2019, GAZA CITY: Seramai 19 rakyat Palestin dan seorang tentera Israel disahkan cedera dalam satu pertempuran di utara Semenanjung Gaza semalam. “Seorang tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) selepas satu bahan letupan dilontar ke arah pagar keselamatan Israel ketika rusuhan di Gaza,” kata tentera Israel di Twitter.

Menurut tentera, susulan kejadian itu kereta kebal milik Israel bertindak memusnahkan dua pusat pemeriksaan milik Hamas di Gaza, sebagai tindak balas terhadap insiden berkenaan.Kementerian Kesihatan pergerakan Hamas pula berkata, 19 rakyat Palestin cedera selepas terkena peluru hidup dalam pertempuran berkenaan.

Sejak setahun lalu, sering berlaku pertempuran membabitkan tentera Israel dan rakyat Palestin, yang berkumpul pada setiap minggu di beberapa lokasi di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza.Malah, dilaporkan sekurang-kurangnya, 250 rakyat Palestin maut akibat ditembak tentera Israel sejak 30 Mac lalu dan sebahagian besarnya ketika menyertai tunjuk perasaan di sempadan.

Namun, dalam tempoh yang sama, hanya dua tentera Israel yang maut. – AFP

Leave a Reply