M Update, 18/2/2019 – Seorang wanita Croatia ditahan kerana disyaki membunuh adiknya, 18 tahun lalu selepas polis menemui mayat dipercayai mangsa di dalam sebuah peti sejuk di rumahnya.
Menurut laporan media, Jasmina Dominic, 23, belajar di sebuah kolej di Zagreb ketika dilaporkan hilang pada 2000. Polis percaya mayat ditemui selepas memeriksa kediaman milik kakaknya di kawasan perkampungan di utara Mala Subotica.
Berikutan itu, seorang wanita berusia 45 tahun ditahan di Mala Subotica pada Sabtu lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan. Kami percaya mayat yang ditemui di dalam peti sejuk itu adalah wanita yang lahir pada 1977 dan dilaporkan hilang pada 16 Ogos 2005,” kata jurucakap polis wilayah, Nenad Risak kepada AFP.
Akhbar harian Vecernji List melaporkan, walaupun wanita itu didapati hilang sejak 2000, keluarganya hanya memaklumkan kepada pihak polis mengenai kehilangannya lima tahun kemudian. Polis percaya mayat yang ditemui di dalam peti sejuk itu mati akibat dibunuh, tetapi kami masih menunggu keputusan bedah siasat,” kata Risak.
Malah, Risak enggan memberikan butiran lanjut bagaimana mayat itu ditemui, tetapi pejabat pendakwa raya tempatan berkata, wanita yang ditahan adalah kakak Dominic. Wanita itu disyaki membunuh adiknya pada 2000 atau 2001, sebelum menyembunyikan mayat di dalam peti sejuk di bahagian anjung aras bawah kediamannya,” kata pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan.
Sumber : AFP, HM online