Input your search keywords and press Enter.

Dah Jatuh Ditimpa Tangga

M update, 20/2/2019 – Enam orang penganggur menerima nasib malang apabila ditahan polis kerana disyaki memiliki syabu dianggarkan bernilai RM2,025 di Simpang Ngu Jalan Bintulu-Miri Batu Niah, Kuching, Isnin lalu.

Dalam serbuan serentak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di dua rumah jam 11.30 malam, berjaya merampas syabu seberat 13.5 gram daripada suspek berusia 24 hingga 37 tahun.

18 tiub penyedut minuman berisi ketulan kristal disyaki syabu dengan berat lima gram turut ditemui di rumah pertama.

Hasil pemeriksaan di rumah kedua pula, polis menemui tiga paket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 8.5 gram. Polis turut merampas selaras senapang buatan sendiri di rumah sama.

Ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah amphetamine atau methamphetamine. Dua daripada mereka memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan direman selama empat hari bermula Selasa lalu hingga Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15 (1) (a) akta sama dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply