Input your search keywords and press Enter.

Suami dari neraka

M Update, 20/2/2019 – Seorang suami jahanam dipenjara 25 tahun setengah dan 24 sebatan rotan kerana yang memaksa isterinya melacur untuk membeli susu dan lampin bayi.

Lelaki berusia 27 tahun itu juga mengaku memaksa anak perempuannya berusia enam tahun melakukan seks oral, selain membogelkan dan mencabul anak saudara perempuan isterinya yang berusia 13 tahun pada hari remaja itu sepatutnya mengambil peperiksaan akhirnya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Chan Seng Onn berkata: “Kamu memang jahanam. Tertuduh ini dengan jijik mengeksploitasi tiga perempuan yang sepatutnya dilindunginya.” Chan turut mengenakan denda S$12,000 (RM36,000) dan akan dipenjara dua bulan jika gagal membayarnya. Perbuatannya terbongkar selepas ibunya membuat laporan polis menuduhnya mencabul anaknya sendiri.

Mahkamah diberitahu, lelaki itu mengajar isterinya berusia 28 tahun itu mencari pelanggan dalam talian, dan sering bersikap ganas serta menekannya supaya mencapai kuota tertentu setiap hari. Wanita itu dipaksa melacur sepanjang tiga bulan antara Jun hingga Ogos 2016 dengan melayan 138 lelaki atau purata tiga hingga lima pelanggan sehari. Semua pendapatannya berjumlah hampir S$11,000 (RM33,000) diserahkan kepada suaminya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply