M Update, 21/2/2019 – Kementerian Pertahanan perlu menumpukan aspek penyelidikan awal dalam mengenal pasti individu berpotensi menjadi pengganas.
Penyelidikan komprehensif adalah langkah pencegahan dalam usaha membanteras aktiviti pengganas.
Kesediaan kita mesti tertumpu lebih kepada maklumat yang mana pasukan risikan kita mesti lebih awal kenal pasti kemungkinan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan penganas.
“Semua ini kita kena bersiap sedia mungkin bukan dengan peperangan tetapi menangkap dan menukar pemikirannya supaya tidak terus jadi penganas. Malah, kita telah berjaya menangkap beberapa orang sebelum mereka jadi penganas,” – Tun M
Kita perlu ingat bahawa cabaran yang dihadapi negara sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan sentiasa diberi perhatian.
Kebiasaannya, negara menghadapi kemungkinan diserang oleh negara jiran dan kuasa besar dengan menggunakan batalion angkatan tentera yang besar. Bagaimanapun dalam menangani pengganas, ia sukar untuk ditangani kerana mereka tidak beruniform.
Sumber : Astro Awani