Input your search keywords and press Enter.

Maut Dilanggar Lari

M Update, 1/3/2019 – Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar kenderaan lain mengakibatkan dia terjatuh dan kemudian dilanggar Perodua Alza, pagi tadi.

Lebih menyayat hati, mayat mangsa, Bong Tian Ting, 75, ditemui masih berada di bawah Perodua Alza dalam kejadian 7.30 pagi dekat Taman Daya, Lebuhraya Selayang-Kepong, dekat Gombak.

Kenderaan yang menjadi punca kemalangan masih belum dikenal pasti nombor pendaftarannya dan dikatakan melarikan diri.

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu motosikal ditunggang mangsa, kereta Perodua Alza dan sebuah lagi kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kepong Indah. Ketika tiba di lokasi, motosikal ditunggangnya dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan.

Mangsa terjatuh ke jalan raya sebelum dilanggar Perodua Alza yang datang dari arah belakang.

Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan yang melanggar bahagian belakang motosikal mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh dikatakan beredar dari lokasi.

Orang awam yang berada di lokasi dan melihat kejadian diminta menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply