M Update, 5/3/2019 – Ketika pulang jam 6.50 petang, saya mula pelik apabila mendapati pintu depan rumah terbuka sebelum melihat anak saudara berlumuran darah terbaring di dalam tandas berlumuran darah. Saya tergamam apabila melihat keadaan lehernya yang dijerut kain dan dikelar di bahagian kening, dagu, yang saya percaya menggunakan pisau pemotong daging,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, ketika ini, keadaan anak saudaranya belum stabil dan tidak mampu bertutur dengan jelas. Difahamkan, penjenayah berkenaan masuk ke rumah dengan mengatakan kereta saya yang berada di ruang parkir dilanggar lori sampah menyebabkan anak saudara panik.
Dia kemudian membuka pintu jeriji untuk melihat keadaan kereta. Bagaimanapun, penjenayah berkenaan menolaknya ke dalam rumah dan menumbuknya bertubi-tubi ke bahagian perut dan memukulnya di kepala,” katanya. Menurutnya, susulan kejadian itu dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Anak saudara kehilangan dompet, telefon pintar dan barang kemas. Saya bernasib baik kerana dua anak saya tidak diapa-apakan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Pihak polis meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.
Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan polis kini giat mengesan suspek,” katanya.
Sumber : HM Online