Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Malaysia Ditipu Terkandas Di Liberia

M Update, 5/3/2019 – Seorang mangsa yang terkandas di Monorovia, Liberia sejak 4 Februari lalu menceritakan bahawa mereka ditinggalkan begitu saja selepas tauke mereka menghilangkan diri apabila gagal mengikat urusan perniagaan di negara itu.

Enyang Ato, 66, antara kumpulan lapan rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu, mendakwa mereka dibawa ke negara itu oleh seorang tauke dari Sibu yang berkongsi modal RM30,000 dengan rakan perniagaannya dari Selangau untuk membuka sebuah kem pembalakan di negara itu.

“Kami pergi dengan tauke ke sana dua bulan lalu. Dia berada bersama-sama kami selama seminggu, sebelum melarikan diri setelah gagal mendapatkan urusan perniagaan di sana,”mangsa, Enyang Ato, 66.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sibu (LTS), mangsa yang berasal Kapit itu membuat laporan di pondok polis LTS.

Selain Enyang, kumpulan dari Sarawak itu terdiri daripada Suhaili Gani, 39; Bon Egat, 45; Dingai Nyalak, 47, Salim Tahir, 49; Untol Luyang, 58; Aji Surau, 39, dan Gawan Masin, 41.

“Sukar untuk berkomunikasi dengan orang di sana kerana tidak boleh bertutur bahasa Inggeris. Mujurlah ada rakyat Malaysia yang bekerja dengan Sime Darby di Liberia yang memahami nasib kami dan memberikan nasi,” kata Enyang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii mengiringi kumpulan itu dari KLIA dengan menaiki pesawat AirAsia dan tiba di sini pada jam 9.15 malam tadi.

Alhamdulillah kesemua lapan orang rakyat Malaysia yang terkandas selamat tiba di tanah air semalam.

Sumber : Bernama

Leave a Reply