M Update, 6/3/2019 – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in akan melakukan siri lawatan ke tiga negara Asia, iaitu Brunei, Malaysia dan Kemboja mulai minggu depan.
Lawatan itu sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan dengan negara ASEAN.
Moon Jae-in kemudian akan ke Malaysia untuk lawatan negara dan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau juga dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber : Bernama