Input your search keywords and press Enter.

Bekas Ratu Cantik Ukraine Angkat Senjata Demi Negara

M Update, 01/03/2022 – Demi negara, bekas ratu cantik Ukraine sertai tentera mahu lawan Rusia.  Serangan Rusia ke atas Ukraine menjadi topik perbualan utama masyarakat dunia sejak beberapa hari lalu.

Biarpun dihujani ledakan bom dan peluru, rakyat Ukraine tidak mengalah, sebaliknya terus cekal mempertahankan negara tercinta.

Tidak terkecuali tentunya bekas ratu cantik Ukraine, Anastasiia Lenna yang kini menyertai pasukan tentera negaranya demi melawan serangan Rusia. Untuk rekod, Anastasiia memenangi pertandingan ratu cantik pada tahun 2015.

Pada Sabtu, Anastasiia turut berkongsi posting patriotik menerusi Instagram miliknya.

“Sesiapa sahaja yang melintasi sempadan Ukraine dengan niat untuk menawan negara kami akan dibunuh,” kata Anastasiia.

Dalam beberapa posting lain di Instagram, Anastasiia turut menyeru pengikutnya agar membuat sumbangan dana kepada tentera Ukraine.

Khamis lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan “operasi ketenteraan khas” di Ukraine.

Dalam ucapannya, Putin mendakwa “untuk membela orang yang selama lapan tahun menderita penganiayaan dan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Kyiv,” merujuk kepada dakwaan palsu mengenai kerajaan di Ukraine.

Dia turut menuntut Ukraine meletakkan senjatanya atau “bertanggungjawab atas pertumpahan darah.”

Ketegangan terhadap Ukraine telah memuncak sejak berbulan-bulan dan mula meruncing minggu lalu. – Selayang Pandang