Input your search keywords and press Enter.

Persekutuan akan segerakan projek pembangunan di Kelantan

M-Update,7/3/2019, KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan tidak akan menganaktirikan kerajaan Kelantan dengan menyegerakan projek pembangunan infrastruktur dan prasarana yang sudah diluluskan sebelum ini. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat pertama bersama kerajaan negeri.

Katanya, semangat federalisme akan dikukuhkan dengan menjalinkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.“Ini adalah dasar baharu Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) apabila tidak akan menganaktirikan mana-mana negeri termasuk Kelantan.

“Kerajaan pusat akan melaksanakan pembangunan di Kelantan untuk menarik pelabur datang ke negeri ini. Kedatangan pelabur ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.“Orang Kelantan yang berada di luar cukup berjaya dalam kerjaya mereka termasuk sebagai perkhidmatan awam atau sektor pekerjaan,” katanya.

“Kita mahu rakyat Kelantan yang berada di luar negeri supaya kembali ke negeri ini supaya dapat menyumbang kepada pembangunan,” katanya.

–BHarian

Leave a Reply