Input your search keywords and press Enter.

Ada waris penumpang MH370 sudah terima pampasan

M-Update,7/3/2019, PUTRAJAYA: Sebahagian daripada waris penumpang MH370 sudah menerima wang wang pampasan susulan insiden kehilangan pesawat itu pada 8 Mac 2014. Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) memaklumkan, sebahagian lagi waris dalam proses menuntut wang pampasan itu daripada Malaysia Airlines (Pentadbir Dilantik) di mahkamah.

“Sebarang butiran lanjut berkenaan urusan wang pampasan ini adalah sulit dan peribadi. Malaysia Airlines tidak akan membincangkannya secara umum.“Bagaimanapun, perlu dinyatakan di sini bahawa Malaysia Airlines tetap komited untuk memastikan wang pampasan yang dipersetujui atau bakal dipersetujui adalah adil untuk waris penumpang MH370,” katanya

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan terputus hubungan dan hilang tanpa dapat dikesan sehingga kini.Pesawat membawa 227 penumpang dan seramai 152 daripada adalah rakyat China. Turut berada dalam pesawat adalah 12 kru penerbangan.

Malaysia Airlines berkata, pihaknya tidak mempunyai perancangan membina monumen bagi memperingati insiden berkenaan kerana pesawat MH370 itu belum ditemui.

–BHarian

Leave a Reply