Input your search keywords and press Enter.

Ajal Merempuh Kerbau

M Update, 8/3/2019 – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau dalam kejadian di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Syawal Jusoh, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di bahagian badan.

Difahamkan, insiden kira-kira 8 malam itu berlaku ketika mangsa melalui jalan di kawasan berhampiran pejabat tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kampung berkenaan.

Allahyarham Muhammad Syawal ditemui seorang pemancing yang berada di kawasan berkenaan selepas terdengar bunyi hentaman kuat.

Ketika ditemui dia sudah tak bernyawa manakala kerbau yang dilanggar pula hampir mati.

Ibu mangsa, Zaharah Abdullah, 60, berkata sebelum kejadian, Allahyarham Muhammad Syawal yang juga anak kesembilan daripada 11 beradik sempat pulang ke rumah selepas bermain bola sepak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor.

Sumber : harian Metro

Leave a Reply