M Update, 12/3/2019 – “Sejak ambil alih, kita pastikan negara ditadbir secara bersih dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, pelbagai langkah sudah diambil kerajaan untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus negara sejak menjadi kerajaan Mei lalu.
Sejak ambil alih, kita pastikan negara ditadbir secara bersih dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Mahathir berkata, antara usaha yang dilaksanakan termasuk penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri pada 8 Jun lalu.
Menjawab soalan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) berkaitan kempen kerajaan mengubah imej Malaysia dari negara kleptokrasi sebelum ini kepada negara yang berintegriti, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk mengembalikan imej Malaysia sebagai negara berintegriti, malah lebih baik sekarang dan masa hadapan.
Sumber : HM Online