Input your search keywords and press Enter.

Sayani Wanita Pertama Pengarah Bomba Negeri

M Update, 13/3/2019 – Sayani Saidon merupakan pegawai wanita pertama dalam sejarah kebombaan di negara ini yang dilantik menjadi Pengarah JPBM negeri dan bakal memulakan tugas di Kedah tidak lama lagi. Sebelum ini beliau merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,

Sayani yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, telah menerima watikah pelantikan tersebut pada 8 Mac 2019 lalu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana ini merupakan pencapaian wanita dalam perkhidmatan kebombaan. Ini merupakan satu pencapaian luar biasa dan tidak mustahil wanita juga boleh menyumbang kepada perkhidmatan ini di negara ini” – Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid

Seramai 600 wanita yang berkhidmat dengan JBPM ketika ini telah memainkan peranan mengikut bidang tertentu termasuk dalam Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Ada di antara mereka yang berkhidmat di bahagian operasi sebagai pegawai bertugas di pusat gerakan operasi.

Pegawai wanita turut bertugas mengikut syif kerja dan mereka juga respon kepada panggilan kecemasan melibatkan pemadaman serta operasi mencari dan menyelamat.

Jadi, dalam perkhidmatan bomba ini, tidak mustahil untuk seseorang pegawai bomba itu boleh mencapai tahap tertentu sehingga dinaikkan ke pangkat lebih tinggi tanpa mengira jantina.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply