Input your search keywords and press Enter.

Maut Kereta Bertembung

M Update, 15/3/2019 – Lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung dalam kemalangan di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Mentakab malam tadi.

Kejadian 11.55 malam itu menyebabkan Liew Kwong Fai, 42, yang memandu Nissan Almera dari Bahau, Negeri Sembilan dan pemandu Proton Iswara, Hairol Asyraf Mohammad, 23, dari FELDA Lakum, Temerloh maut di lokasi.

Kejadian berlaku apabila kereta dipandu Liew dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Iswara dipandu Hairol Asyraf.

Pertembungan itu menyebabkan kedua-dua mangsa parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

Dua lagi penumpang Proton Iswara itu iaitu Sufi Salihin Mohd Puad Norasid, 17, cedera di bahagian perut dan kepala manakala N Kesavan, 18, luka pada muka serta kaki kanan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply