Input your search keywords and press Enter.

Pencemaran Kimia – Jumlah Mangsa Berkurang

M Update, 18/3/2019 – Semakin bertambah baik, hanya tinggal 120 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih di Pasir Gudang masih menerima rawatan di hospital sehingga 6 petang semalam.Daripada jumlah itu, lima masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun keadaan adalah stabil.

Jumlah pesakit yang dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Permai adalah seramai 30 orang.

Dr Sahruddin berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia yang melakukan pemantauan secara menyeluruh bermula semalam akan mengemukakan hasil pemantauan itu hari ini.

Pengesan gas akan digunakan oleh pasukan pemantau bagi mengesan serta memantau kualiti udara bagi memastikan udara di kawasan yang terbabit dengan insiden pencemaran ini benar-benar dalam keadaan selamat.

Lima parameter gas yang akan diperiksa adalah oksigen, karbon monoksida, Low Exposure Limit (LEL), Volatile Organic Compound (VOC) dan Hidrogen Sulfida (H2S).

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply